Isnin, November 19, 2012

SEKADAR RENUNGAN




Sebagai seorang guru, kita memang tidak lari dari masalah disiplin murid. Banyak yang kita lihat mengenai tata kelakuan murid yang sering kali melanggar disiplin, sama ada yang kecil mahu pun yang besar. Semasa sesi pengajaran juga, ada di kalangan murid kita yang tidak mengambil perhatian terhadap apa yang kita sampaikan. Mengapakah ini terjadi ?

Banyak perkara yang kita harus perhatikan di sini, antaranya adalah teknik yang digunakan oleh oleh guru dalam menyampaikan suatu pengajaran. Selain itu, penggunaan Bahan Bantu Belajar juga adalah perlu agar tumpuan murid sentiasa kepada pengajaran kita. Apa pun, secara kesimpulannya kawalan kelas adalah berdasarkan kepada diri kita sendiri.



2 ulasan:

  1. Saya sangat setuju dengan cikgu,teknik dan BBB adalah amat penting untuk mencapai hasil pembelajaran dan kawalan disiplin murid.

    BalasPadam