Isnin, November 12, 2012

Kemahiran Komunikasi di bilik darjah


Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang pendidik adalah kemahiran komunikasi di antara murid dengan guru, atau murid dengan murid. Adakah perlu untuk kita menggunakan nada suara yang tinggi untuk mengawal keadaan kelas kita ?

Kemahiran komunikasi ini adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Ini kerana melalui komunikasi inilah, suatu pengajaran kita akan berjaya atau sebaliknya. Komunikasi berkesan dalam bilik darjah adalah komunikasi dua hala, iaitu sama ada antara guru dengan murid atau pun murid dengan murid.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum cikgu...
    Menyampaikan nada suara yang tinggi bagi seseorang guru tidak akan menyelesaikan masalah...seperti gambar di atas, saya sendiri melihatnya terasa nak pening..
    Bergantung juga kepada keadaan.
    Syabas! kerana gambar di atas memberi pengajaran kepada sesiapa yang melihatnya...

    BalasPadam
  2. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik bergantung kepada interaksi dua hala yang positif di antara guru dan murid. Suara yang tinggi boleh juga digunakan pada situasi tertentu untuk menarik perhatian murid. Tahniah kerana dapat menghasilkan laman blog yang menarik.

    BalasPadam