Isnin, November 19, 2012

SEKADAR RENUNGAN




Sebagai seorang guru, kita memang tidak lari dari masalah disiplin murid. Banyak yang kita lihat mengenai tata kelakuan murid yang sering kali melanggar disiplin, sama ada yang kecil mahu pun yang besar. Semasa sesi pengajaran juga, ada di kalangan murid kita yang tidak mengambil perhatian terhadap apa yang kita sampaikan. Mengapakah ini terjadi ?

Banyak perkara yang kita harus perhatikan di sini, antaranya adalah teknik yang digunakan oleh oleh guru dalam menyampaikan suatu pengajaran. Selain itu, penggunaan Bahan Bantu Belajar juga adalah perlu agar tumpuan murid sentiasa kepada pengajaran kita. Apa pun, secara kesimpulannya kawalan kelas adalah berdasarkan kepada diri kita sendiri.



Isnin, November 12, 2012

Kemahiran Komunikasi di bilik darjah


Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang pendidik adalah kemahiran komunikasi di antara murid dengan guru, atau murid dengan murid. Adakah perlu untuk kita menggunakan nada suara yang tinggi untuk mengawal keadaan kelas kita ?

Kemahiran komunikasi ini adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Ini kerana melalui komunikasi inilah, suatu pengajaran kita akan berjaya atau sebaliknya. Komunikasi berkesan dalam bilik darjah adalah komunikasi dua hala, iaitu sama ada antara guru dengan murid atau pun murid dengan murid.

Ahad, November 11, 2012

Pengenalan

Mata pelajaran matematik merupakan satu mata pelajaran yang susah untuk dikuasai oleh murid-murid, khususnya di sekolah rendah. Banyak keluhan yang akan kita dengar dari para pelajar kita tentang mata pelajaran ini. Sehinggakan kita akan mendengar sesetengah pelajar kita mengatakan matematik ini satu mata pelajaran yang membosankan.

Oleh itu, kita sebagai seorang guru, khususnya yang mengajar mata pelajaran ini hendaklah sentiasa peka terhadap keluhan-keluhan ini. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencari sebanyak mana ilmu yang berkaitan agar dapat mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid kita. Ini secara langsung akan menanamkan rasa minat para pelajar kita terhadap mata pelajaran ini.